Trip kali ni bersama-sama dgn Ghirly, Am & Ali selaku pemandu bot. Jam 8.00 pagi Ghirly tiba dirumah saya dan lepas tu kami ke rumah bro Am & terus ke perairan tempat menunggu bot. Selama lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya bot pun tiba dan terus ke tempat membeli udang hidup.
Setelah kami membeli udang hidup di perairan perkampungan ice box, kami pun terus ke lokasi sasaran iaitu di takat laut batu 4. Dibawah diselitkan sedikit koleksi gambar kami sepanjang berada di laut tersebut.
Raul & Ghirly

Pemandangan di perairan laut TAWAU


Ghirly & Am


Gambar ni semasa dalam perjalanan ke perkampungan Ice Box utk membeli umpan udang segar

Kelihatan beberapa penyiut-penyiut sedang menyiut udang. Kebanyakan para pemancing2 Daerah Tawau akan singgah utk membeli udang di perairan perkampungan Ice Box kerana udang segar lebih baik dijadikan umpan daripada udang yang yang telah lama mati.


Ali dgn udang karang. Udang karang ini berjaya di pancing oleh Bro Am. Syabas Bro Am, bukan senang mau pancing ni.

Ghirly

Am


Am dgn ikan putihnya

Aksi Ghirly dgn tarikan jorannya. Ku sangka ikan putih rupanya belut. tapi tidak apa bro, syok jg menarik belut besar tu, ada lawan. he.he.he...

Ghirly dgn ikan putihnya

Raul dgn ikan kuli balai.
Hampir Jam 1.30 petang GPT pun pulang. Hasil tangkapan kami hari ni ada juga, tidaklah banyak tetapi memuaskan. Tidak sempat di gambar hasil tangkapannya. Sekian. Semoga berjumpa lagi di lain catatan.
No comments:
Post a Comment