Friday, December 4, 2009

LAGI CERITA PANCING

24 November 2009 ( Selasa ), GPT turun memancing di laut Tawau bersama-sama dengan Ali & Ma'in ( Boatman ). Perjalanan kami bermula pada jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang. Hari ini takat kami di muara perkampungan Ice Box Hujung, Batu Tohor & depan bandar Tawau. Syukur Alhamdullillah rezeki kami ada sahaja. Untuk makluman semua sahabat, sekirannya anda ingin memancing di laut Tawau, hendaklah ngam dengan keadaan airnya iaitu air mati ( air pasang kecil ) kerana, pada musim air besar hanya tukang pukat sahaja yang turun memukat memandangkan arus yang terlalu deras. Ramai kaki pancing di Tawau akan memancing di laut Inderasabah kerana pada musim air besar di sana arus tidak terlalu deras. Dibawah kami selitkan sedikit koleksi gambar kenangan kami semasa memancing pada hari tersebut.


Raul dengan 2 ekor ikan gelamanya.


Ali

Raul


Pemandangan perairan Tawau dari darat


Ma'in ( Boatman / beliau juga Otai dalam dunia memancing. Beberapa hari lepas beliau berjaya menaikkan ikan seberat 28 kilo menggunakan pancing koyan ) Wah!!! Memang besar.


Dalam perjalanan membeli umpan


Kelihatan beberapa orang penyiut udang di perairan perkampungan Ice Box Hujung


Ni antara penjual udang segar.


Ni tempat udang yang masih hidup. Ma'in memindahkan udang tersebut ke tempat udang kami.


Ali ( Otai dalam menggunakan pancing moden. Hari ni bro ali berjaya menaikkan ikan kerapu hampir 2 setengah kilo )


Perkampungan Ice Box Hujung


Inilah Bandar Tawau


Perkampungan Ice Box Hujung Tawau




Inilah tempat berlabuh. Masa ni kami dalam perjalanan pulang.


Antara rezeki kami hari ini. Banyak juga. Hampir penuh 1 box dengan bermacam-macam jenis ikan. Antaranya ikan putih, kerapu, merah, gelama, ucus dan ikan batu. Syukur kepada ALLAH kerana sentiasa memberikan rezeki kepada kita. Amin


Wednesday, November 25, 2009

TENTANG PANCING LAGI

Dengan harapan yang menggunung, saya & Ali ( Boat Man ) turun untuk bertarung dengan ikan di laut Tawau pada 22 November 2009 ( Ahad ). Syukur Alhamdullillah, memang kena airnya. Rezeki kami ada sahaja masa ni. Tidak bosan menunggu pancing di sambar ikan. Sekejap-sekejap ada sahaja.
Raul ( Ni masih dalam perjalanan ke tempat menunggu perahu )

Bot-bot berlabuh di perairan Tawau




Ali dengan ikan parinya. Ada lagi ikan lain tu tapi tak di gambar. Dia dapat masa menunggu ketibaan saya. Wah! kalau otai memang otai juga.



Membeli umpan udang segar di perkampungan Ice Box Hujung



Ali dengan ikan putihnya





Raul


Ni dalam perjalanan pulang dah.


Ni antara rezeki yang kami dapat hari ni. Ada lagi ikan Mayong dekat 15 ekor tapi tidak sempat di ambil gambar. Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana sentiasa memberi rezeki kepada hamba-hambanya.


Friday, November 13, 2009

LAGI-LAGI PANCING

Hari ni saya turun tanpa teman setia iaitu Ghirly. Beliau terpaksa menjalankan tanggungjawab kepada negara.He.he.he ( kerja bah ). Saya ambil cuti untuk melepaskan gian kaki pancing sederhana seperti saya. Dengar ja air ngam tetap turun punya. Kali ni saya turun bersama-sama dengan Ali ( Boat Man ) & Hamjah ( Adik sepupuku )


Jam 7.30 pagi, saya dah berada di tempat biasa untuk menunggu perahu. Setelah menunggu kira-kira 15 minit akhirnya perahu pun sampai. Legalah sikit bila nampak perahu. Setelah itu kami terus bergerak ke lokasi yang di tuju iaitu takat di laut batu 4.





Ali ( Otai juga dalam dunia memancing )

Sangkut 2 ekor ikan sekaligus. 1 ekor ikan putih & 1 ekor ikan Talang. Syok juga menarik kedua-dua ikan ni. Saya gunakan pancing koyan.

Ni Hamjah walaupun baru berumur 14 tahun, dia ni sikit hari lagi dah jadi otai dalam dunia memancing. Minat betul dengan laut.



Ali tengah berehat. Nampak macam boring ja... Sabarlah brother


Inilah hasil tangkapan kami, dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. 7 ekor ikan kuli balai, 5 ekor ikan putih & 1 ekor ikan Talang.





___________________________________________________







Dibawah ni lain hari pula (09.11.2009). Masa ni kami dengan Brother Bedu. Wah..dia ni otai juga. Hari-hari dilaut. Semua takat dia tahu. Kalau tak memancing dia akan mengambil penumpang. Itu kerja hariannya untuk mencari pendapatan. Kira macam teksilah kalau di darat.



Aku ( Raul ). yang belakang tu, Brother Bedu ( Boat Man )


Ni Ghirly. Ni trip penutup mancing tahun 2009 di Tawau bagi Ghirly. Dia nak balik kampunglah. Kampung di terengganu bah. Tahun depan baru balik Tawau. Tahun depan kita mancing lagi bro...


Brother Bedu




Brother dengan ikan putihnya. Besar juga ikan putih tu. Tahniah....


Nilah hasil tangkapan kami. 2 ekor ikan putih yang cukup juga besarnya,1 ekor ikan batu, beberapa ekor ikan kerapu & gelama.



Wednesday, October 14, 2009

GENG PANCING PUNYA CERITA

Setelah sekian lama berehat memancing disebabkan sibuk dengan Geng Bola, akhirnya Geng Pancing Tawau turun ke laut bersama-sama Ghirly & Ali ( Boat Man ). Perjalanan bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 2 ptg. Alhamdulillah... Kami beroleh rezeki yang banyak. Dibawah kami selitkan sedikit koleksi gambar kami semasa memancing.
RAUL



GHIRLY



Koleksi gambar pemandangan di laut TAWAU







Ali
" The Boat Man "


Ni tengah ke lokasi untuk membeli umpan udang segar.


Kelihatan penyiut udang yang gigih berusaha untuk mencari nafkah



Antara penyiut udang






GHIRLY
( Teman setia ke laut )


Ali membawa kami ke lokasi memancing

RAUL
( Geng Pancing Tawau )




Hari ni yang tewas ikan putih seekor & ikan gelama 1 box penuh. Semoga ALLAH tidak jemu memberi rezeki kepada hamba-hambanya...AMIN