Hari ni saya turun tanpa teman setia iaitu Ghirly. Beliau terpaksa menjalankan tanggungjawab kepada negara.He.he.he ( kerja bah ). Saya ambil cuti untuk melepaskan gian kaki pancing sederhana seperti saya. Dengar ja air ngam tetap turun punya. Kali ni saya turun bersama-sama dengan Ali ( Boat Man ) & Hamjah ( Adik sepupuku )
Jam 7.30 pagi, saya dah berada di tempat biasa untuk menunggu perahu. Setelah menunggu kira-kira 15 minit akhirnya perahu pun sampai. Legalah sikit bila nampak perahu. Setelah itu kami terus bergerak ke lokasi yang di tuju iaitu takat di laut batu 4.
Ali ( Otai juga dalam dunia memancing )
Sangkut 2 ekor ikan sekaligus. 1 ekor ikan putih & 1 ekor ikan Talang. Syok juga menarik kedua-dua ikan ni. Saya gunakan pancing koyan.
___________________________________________________
Dibawah ni lain hari pula (09.11.2009). Masa ni kami dengan Brother Bedu. Wah..dia ni otai juga. Hari-hari dilaut. Semua takat dia tahu. Kalau tak memancing dia akan mengambil penumpang. Itu kerja hariannya untuk mencari pendapatan. Kira macam teksilah kalau di darat.
No comments:
Post a Comment