Friday, December 4, 2009

LAGI CERITA PANCING

24 November 2009 ( Selasa ), GPT turun memancing di laut Tawau bersama-sama dengan Ali & Ma'in ( Boatman ). Perjalanan kami bermula pada jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang. Hari ini takat kami di muara perkampungan Ice Box Hujung, Batu Tohor & depan bandar Tawau. Syukur Alhamdullillah rezeki kami ada sahaja. Untuk makluman semua sahabat, sekirannya anda ingin memancing di laut Tawau, hendaklah ngam dengan keadaan airnya iaitu air mati ( air pasang kecil ) kerana, pada musim air besar hanya tukang pukat sahaja yang turun memukat memandangkan arus yang terlalu deras. Ramai kaki pancing di Tawau akan memancing di laut Inderasabah kerana pada musim air besar di sana arus tidak terlalu deras. Dibawah kami selitkan sedikit koleksi gambar kenangan kami semasa memancing pada hari tersebut.


Raul dengan 2 ekor ikan gelamanya.


Ali

Raul


Pemandangan perairan Tawau dari darat


Ma'in ( Boatman / beliau juga Otai dalam dunia memancing. Beberapa hari lepas beliau berjaya menaikkan ikan seberat 28 kilo menggunakan pancing koyan ) Wah!!! Memang besar.


Dalam perjalanan membeli umpan


Kelihatan beberapa orang penyiut udang di perairan perkampungan Ice Box Hujung


Ni antara penjual udang segar.


Ni tempat udang yang masih hidup. Ma'in memindahkan udang tersebut ke tempat udang kami.


Ali ( Otai dalam menggunakan pancing moden. Hari ni bro ali berjaya menaikkan ikan kerapu hampir 2 setengah kilo )


Perkampungan Ice Box Hujung


Inilah Bandar Tawau


Perkampungan Ice Box Hujung Tawau




Inilah tempat berlabuh. Masa ni kami dalam perjalanan pulang.


Antara rezeki kami hari ini. Banyak juga. Hampir penuh 1 box dengan bermacam-macam jenis ikan. Antaranya ikan putih, kerapu, merah, gelama, ucus dan ikan batu. Syukur kepada ALLAH kerana sentiasa memberikan rezeki kepada kita. Amin


1 comment: