Monday, July 26, 2010

CERITERA KAKI PANCING

Lama GPT berehat, akhirnya turun juga ke laut untuk menumpaskan ikan-ikan di perairan laut Tawau. Perjalanan bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 2 ptg. Trip kali ni masih bersama-sama dengan rakan pancing yang setia Ghirly, Ali The Boatman & salah seorang otai pancing dari Kedah iaitu Zaidy. Turun ja pancing di laut, sayalah orang pertama yang berjaya menaikkan ikan terawal tetapi...???? tidak di kira bro sebab ikan otek kecil. Walau macamana pun, tujuan kami bukanlah untuk bertanding. Kami hanya turun untuk melepaskan gian si kaki pancing sederhana macam saya ni & mengeratkan lagi silaturrahim......Dibawah diselitkan sedikit gambar kami sepanjang trip kali ni.


Raul & Zaidy
( Zaidy adalah Otai pancing dari Kedah. Jauh juga dia p mancing ya. Sampai juga d TAWAU )


Ghirly & Zaidy


Pemandangan begini adalah biasa di laut Tawau. Kapal-kapal dan perahu-perahu kecil berlabuh.


Dataran tepi laut perairan TAWAU


Raul & Ghirly
( Rakan pancing setia )


Ndak sabar dah mo beraksi ni bro.....

RAUL


Zaidy & Ghirly

Pemancing tegar bah ni bro....


Aksi Zaidy semasa menarik ikan pari.

Lumayan juga ni bro.....mcm dkt 5 kilo juga bah ni..


Ali the boatman.


Aku dgn si Ikan Putih

Perkampungan Ice Box


Ini bandar TAWAU beb...!!!

Hasil tangkapan kami hari ni, ikan pari seekor, ikan putih 3 ekor & yang paling banyak ikan gelama. Syukur alhamdullillah atas rezeki dariNYA. Semoga berjumpa di lain catatan.





Saturday, April 17, 2010

PANCING LAGI

Trip kali ni bersama-sama dgn Ghirly, Am & Ali selaku pemandu bot. Jam 8.00 pagi Ghirly tiba dirumah saya dan lepas tu kami ke rumah bro Am & terus ke perairan tempat menunggu bot. Selama lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya bot pun tiba dan terus ke tempat membeli udang hidup.

Setelah kami membeli udang hidup di perairan perkampungan ice box, kami pun terus ke lokasi sasaran iaitu di takat laut batu 4. Dibawah diselitkan sedikit koleksi gambar kami sepanjang berada di laut tersebut.



Raul & Ghirly

Pemandangan di perairan laut TAWAU



Ghirly & Am



Gambar ni semasa dalam perjalanan ke perkampungan Ice Box utk membeli umpan udang segar


Kelihatan beberapa penyiut-penyiut sedang menyiut udang. Kebanyakan para pemancing2 Daerah Tawau akan singgah utk membeli udang di perairan perkampungan Ice Box kerana udang segar lebih baik dijadikan umpan daripada udang yang yang telah lama mati.



Ali dgn udang karang. Udang karang ini berjaya di pancing oleh Bro Am. Syabas Bro Am, bukan senang mau pancing ni.


Ghirly


Am



Am dgn ikan putihnya


Aksi Ghirly dgn tarikan jorannya. Ku sangka ikan putih rupanya belut. tapi tidak apa bro, syok jg menarik belut besar tu, ada lawan. he.he.he...


Ghirly dgn ikan putihnya


Raul dgn ikan kuli balai.


Hampir Jam 1.30 petang GPT pun pulang. Hasil tangkapan kami hari ni ada juga, tidaklah banyak tetapi memuaskan. Tidak sempat di gambar hasil tangkapannya. Sekian. Semoga berjumpa lagi di lain catatan.


Sunday, February 21, 2010

LAGI-LAGI PANCING

Pada 07 Februari 2010 Geng Pancing turun bersama-sama Ghirly, Am & Ali (boatman). GPT lama tidak turun kelaut akibat dari keadaan cuaca yang tidak menentu di tambah lagi dengan kesibukan kerja-kerja harian. Walaupun begitu, syukur juga kerana rezeki kami ada sahaja. Dibawah ni diselitkan sedikit koleksi gambar semasa memancing.




Pemandangan tempat menunggu perahu di perairan Tawau


Ghirly & Am
( Tengah menunggu perahu )




Ali (boatman)
Otai dalam mencari lubuk-lubuk ikan di perairan Tawau


Kelihatan penyiut-penyiut udang di perairan perkampungan ice box.


Penyiut udang




Ghirly dengan aksinya


Ghirly


Raul & Am



Ghirly dgn ikan putihnya



Pemandangan bandar Tawau dari laut


Am dgn ikan gelamanya



Inilah hasil tangkapan kami dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Gelama ja yang banyak. Akan datang nanti GPT akan ke lubuk Ikan Kuli Balai pula.