Wednesday, November 25, 2009

TENTANG PANCING LAGI

Dengan harapan yang menggunung, saya & Ali ( Boat Man ) turun untuk bertarung dengan ikan di laut Tawau pada 22 November 2009 ( Ahad ). Syukur Alhamdullillah, memang kena airnya. Rezeki kami ada sahaja masa ni. Tidak bosan menunggu pancing di sambar ikan. Sekejap-sekejap ada sahaja.
Raul ( Ni masih dalam perjalanan ke tempat menunggu perahu )

Bot-bot berlabuh di perairan Tawau




Ali dengan ikan parinya. Ada lagi ikan lain tu tapi tak di gambar. Dia dapat masa menunggu ketibaan saya. Wah! kalau otai memang otai juga.



Membeli umpan udang segar di perkampungan Ice Box Hujung



Ali dengan ikan putihnya





Raul


Ni dalam perjalanan pulang dah.


Ni antara rezeki yang kami dapat hari ni. Ada lagi ikan Mayong dekat 15 ekor tapi tidak sempat di ambil gambar. Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana sentiasa memberi rezeki kepada hamba-hambanya.


Friday, November 13, 2009

LAGI-LAGI PANCING

Hari ni saya turun tanpa teman setia iaitu Ghirly. Beliau terpaksa menjalankan tanggungjawab kepada negara.He.he.he ( kerja bah ). Saya ambil cuti untuk melepaskan gian kaki pancing sederhana seperti saya. Dengar ja air ngam tetap turun punya. Kali ni saya turun bersama-sama dengan Ali ( Boat Man ) & Hamjah ( Adik sepupuku )


Jam 7.30 pagi, saya dah berada di tempat biasa untuk menunggu perahu. Setelah menunggu kira-kira 15 minit akhirnya perahu pun sampai. Legalah sikit bila nampak perahu. Setelah itu kami terus bergerak ke lokasi yang di tuju iaitu takat di laut batu 4.





Ali ( Otai juga dalam dunia memancing )

Sangkut 2 ekor ikan sekaligus. 1 ekor ikan putih & 1 ekor ikan Talang. Syok juga menarik kedua-dua ikan ni. Saya gunakan pancing koyan.

Ni Hamjah walaupun baru berumur 14 tahun, dia ni sikit hari lagi dah jadi otai dalam dunia memancing. Minat betul dengan laut.



Ali tengah berehat. Nampak macam boring ja... Sabarlah brother


Inilah hasil tangkapan kami, dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. 7 ekor ikan kuli balai, 5 ekor ikan putih & 1 ekor ikan Talang.





___________________________________________________







Dibawah ni lain hari pula (09.11.2009). Masa ni kami dengan Brother Bedu. Wah..dia ni otai juga. Hari-hari dilaut. Semua takat dia tahu. Kalau tak memancing dia akan mengambil penumpang. Itu kerja hariannya untuk mencari pendapatan. Kira macam teksilah kalau di darat.



Aku ( Raul ). yang belakang tu, Brother Bedu ( Boat Man )


Ni Ghirly. Ni trip penutup mancing tahun 2009 di Tawau bagi Ghirly. Dia nak balik kampunglah. Kampung di terengganu bah. Tahun depan baru balik Tawau. Tahun depan kita mancing lagi bro...


Brother Bedu




Brother dengan ikan putihnya. Besar juga ikan putih tu. Tahniah....


Nilah hasil tangkapan kami. 2 ekor ikan putih yang cukup juga besarnya,1 ekor ikan batu, beberapa ekor ikan kerapu & gelama.